Mengapa Pilih Kereta Terpakai?
Membeli kereta adalah keputusan besar. Tetapi, memilih kereta terpakai berbanding kereta baru menawarkan kelebihan unik yang boleh memberi nilai tambah kepada anda.

1. Kos Lebih Rendah

  • Kereta terpakai biasanya jauh lebih murah daripada kereta baru.
  • Kereta yang lebih lama kebiasaanya datang dengan cukai jalan dan insurans yang lebih rendah.
  • Contoh: Model seperti Perodua Axia 1.0 SE boleh dimiliki pada separuh harga berbanding model baru.

2. Depresiasi Nilai Lebih Rendah

  • Kereta baru boleh kehilangan sehingga 20%-30% nilai dalam tahun pertama. Dengan membeli kereta terpakai, anda dapat mengelakkan depresiasi yang tinggi.
  • Kereta terpakai sudah melalui fasa depresiasi ini, menjadikan nilainya lebih stabil.

3. Pilihan Model yang Pelbagai

  • Pasaran kereta terpakai memberi peluang mendapatkan model popular yang tidak lagi dikeluarkan.
  • Contoh: Model seperti Honda Jazz yang dimana pembuatannya telah dihentikan di Malaysia pada tahun 2021 masih boleh dimiliki

4. Kos Operasi yang Rendah

  • Kereta yang berusia beberapa tahun mungkin mempunyai kos servis dan penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding model baru yang menggunakan teknologi terbaru dan mahal.

Kesimpulan
Kereta terpakai menawarkan nilai yang besar kepada pembeli dengan bajet terhad. Selain kos yang lebih rendah, anda juga mengelakkan depresiasi yang besar dan masih boleh mendapatkan model dengan prestasi cemerlang. Jadi, mengapa bayar lebih untuk yang baru bila yang lama masih berbaloi?

Browse Used Car

Nak dapatkan kereta terpakai yang berkualiti dengan harga yang berbaloi? Whatsapp kami sekarang atau datang ke showroom untuk dapatkan Harga Promosi
πŸ“ž WhatsApp Kami Sekarang

πŸš— Lihat Stok Kereta Terpakai
Alamat: Lot 148 BT 16, Kampong Sungai Pelong, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap Hari, 9am-6pm.