ADA KE TIPS JIMAT SERVIS KERETA ?

Servis kereta adalah aspek penting dalam penjagaan kenderaan, tetapi kosnya boleh membebankan jika tidak dirancang dengan baik. Dengan beberapa langkah bijak, anda boleh menjimatkan kos tanpa mengabaikan keperluan penyelenggaraan. Artikel ni akan kongsikan beberapa tips jimat servis kereta untuk anda:

1. Jadualkan Servis Secara Berkala

  • Ikut jadual servis yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan ataupun pomen bengkel yang anda percaya.
  • Elak servis terlalu awal kerana anda mungkin akan tukar komponen atau minyak yang masih dalam keadaan baik.
  • Elakkan juga servis terlalu lambat kerana ia berisiko untuk merosakkan komponen yang ada. Ia juga akan menggugat keselamatan anda.

2. Pilih Minyak Enjin (Minyak Hitam) yang Betul

  • Gunakan minyak enjin yang sesuai dengan spesifikasi kereta anda. Ada pelbagai jenis minyak enjin, jadi lakukan sedikit research untuk cari minyak enjin yang sesuai.
  • Produk yang berkualiti tinggi memang sedikit mahal tapi akan jimatkan kos dalam jangka masa panjang kerana prestasi enjin lebih baik.

3. Lakukan Servis DIY untuk Item yang Mudah

  • Tukar komponen seperti wiper, lampu kecil, penapis udara dan komponen mudah yang lain sendiri untuk jimatkan duit daripada upah mekanik.
  • Banyak panduan DIY tersedia secara percuma di internet. Boleh juga tengok Youtube untuk tengok tutorial.

4. Bandingkan Harga Bengkel

  • Jangan hanya bergantung pada satu bengkel; dapatkan harga dari beberapa bengkel lain yang berdekatan dengan anda.
  • Pilih bengkel dengan servis yang baik, penerangan yang jelas dan harga yang berbaloi. Boleh tengok Google Review bengkel sebelum pergi untuk jimatkan kos & masa.

5. Gunakan Diskaun dan Promosi

  • Bengkel sering menawarkan promosi, terutama semasa musim perayaan.
  • Contoh: Tukar minyak enjin percuma jika anda membeli tayar di sesetengah tempat.

Kesimpulan

Dengan perancangan yang baik dan langkah-langkah seperti ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan kos servis kereta tetapi juga memastikan kereta anda sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Selain ikut tips jimat servis kereta, anda juga perlu memandu secara berhemah & selamat untuk mengelakkan komponen cepat haus & rosak.

Browse Used Car

Anda sedang mencari kereta terpakai dengan harga yang berbaloi? Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.
📞 WhatsApp Kami Sekarang!

🚗 Kunjungi Showroom Kami!
Alamat: Lot 148 BT 16, Kampong Sungai Pelong, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap Hari, 9am-6pm.

Â