“Ingat senang nak dapat loan kereta?”
Bagi ramai orang—terutama pembeli kali pertama—proses mohon loan kereta ni nampak mudah je: jumpa agent, pilih kereta, hantar dokumen, tunggu ‘lulus’. Tapi realitinya, ramai yang terkejut bila permohonan mereka kena reject.
Kalau anda pernah alami situasi ni, jangan risau. Bukan anda seorang. Dalam artikel ni, kita bongkarkan 5 sebab utama kenapa loan kereta anda kena reject dan macam mana nak atasi.

🚫 1. Rekod CCRIS Tak Cantik
CCRIS (Central Credit Reference Information System) simpan semua rekod bayaran hutang anda—loan PTPTN, kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya.
Kalau anda selalu bayar lambat, atau ada tunggakan melebihi 3 bulan, bank akan mula ‘berhati-hati’. Lagi-lagi kalau status anda dah jadi “Special Attention Account.”
👉 Penyelesaian:
Selesaikan bayaran tertunggak dan kekalkan konsistensi 3-6 bulan sebelum mohon loan baru. Check rekod anda di eCCRIS (percuma!).
💳 2. Ada Masalah CTOS
CTOS pula simpan rekod berkaitan saman, tindakan undang-undang dan pengisytiharan muflis. Kalau nama anda tersenarai, kebanyakan bank akan automatik tolak permohonan loan.
Kadang-kadang anda tak tahu pun nama dah masuk CTOS – mungkin sebab bil telefon yang lama, atau jadi penjamin orang lain.
👉 Penyelesaian:
Semak laporan CTOS anda secara percuma di laman web rasmi. Selesaikan segala yang tertunggak dan minta bank kemaskini.

💰 3. Gaji Tak Cukup atau DSR Tinggi
Bank kira kemampuan anda ikut formula DSR (Debt Service Ratio). Kalau gaji RM3,000 dan komitmen bulanan RM2,000 – DSR anda dah terlalu tinggi.
Biasanya bank suka DSR bawah 60%, tapi bergantung juga pada jenis pinjaman dan polisi bank. Tapi sebagai pembeli, anda kena tahu kemampuan sebenar, bukan semata-mata ikut kelulusan bank.
🔢 Tips Kira Beli Kereta Ikut Gaji
Berikut formula mudah dan praktikal untuk kira bajet:
✅ 1. Harga Kereta = Gaji Setahun
Contohnya:
Gaji RM3,000 sebulan → RM36,000 setahun
Jadi, pilih kereta sekitar RM35,000–RM40,000
Kalau gaji RM5,000 → Idealnya pilih kereta sekitar RM50,000
✅ 2. Ansuran Bulanan Kereta = 10% – 30% Gaji Bulanan
Komitmen Lain | Ansuran Ideal |
---|---|
Tinggi | 10% (lebih selamat) |
Sederhana | 20% |
Rendah / Tiada | 30% (maksimum) |
Contoh:
Gaji RM3,000
Komitmen tinggi → bayar RM300 sebulan
Komitmen rendah → bayar RM600–RM900 sebulan
✅ 3. Sediakan 10%–20% Duit Muka (Downpayment)
Kalau mampu bayar 20% duit muka, peluang loan lulus lebih tinggi sebab:
Jumlah pinjaman lebih kecil
Bayaran bulanan jadi lebih rendah
Tunjuk anda serius & stabil kewangan
📌 Penyelesaian Tambahan untuk Masalah Gaji / DSR
Kurangkan komitmen sebelum mohon loan (habiskan loan kecil)
Tambah pendapatan sampingan (grab, freelance, berniaga)
Gabung gaji dengan pasangan (buat joint loan)
📄 4. Dokumen Tak Lengkap atau Meragukan
Kadang-kadang loan reject bukan sebab rekod buruk, tapi sebab dokumen tak lengkap atau maklumat yang dihantar tak jelas. Contohnya slip gaji tak konsisten, penyata bank tak ada simpanan langsung, atau alamat majikan tak tepat.
👉 Penyelesaian:
Sediakan:
Slip gaji 3 bulan terkini
Penyata KWSP (kalau ada)
Penyata bank yang kemas & ada aliran wang
Surat pengesahan majikan (jika perlu)
❗ 5. Nama Dalam Senarai Hitam / Blacklist
Kalau nama anda ada dalam senarai CTOS atau CCRIS, bank anggap anda sebagai peminjam berisiko tinggi. Biasanya sebab anda ada hutang tertunggak, tak bayar bil konsisten, atau pernah ada tunggakan pinjaman sebelum ni. Ini memang antara sebab utama loan kereta kena reject.
Tapi… jangan terus putus asa!
Kalau anda blacklist, masih ada peluang mohon loan – tapi kebanyakannya daripada syarikat kredit bukan bank (kadang disebut loan kredit, credit company loan, atau non-bank loan). Syaratnya mungkin lebih longgar, tapi kadar faedah lebih tinggi. Kena hati-hati dan faham terma pinjaman betul-betul supaya tak terbeban di kemudian hari.
Tips:
✔️ Semak status CCRIS & CTOS anda secara berkala
✔️ Selesaikan baki tertunggak yang kecil dahulu
✔️ Kalau perlu, rancang untuk ‘clear’ nama sebelum mohon loan kereta
🔑 Kesimpulan: Jangan Main Redah!
Beli kereta memang seronok, tapi proses loan kereta ni tak boleh dibuat main. Buat persediaan awal, semak kelayakan, dan pastikan semua rekod kewangan anda kemas. Barulah senang lulus.
Bak kata pepatah: Sediakan payung sebelum kena tolak loan!
Anda sedang mencari kereta terpakai dengan harga yang berbaloi? Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.
📞 WhatsApp Kami Sekarang!
🚗 Kunjungi Showroom Kami!
Alamat: Lot 148 BT 16, Kampong Sungai Pelong, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap Hari, 9am-6pm.