
Memiliki kereta sendiri memang menjadi impian ramai, tetapi realitinya bergantung pada kemampuan kewangan. Jika anda bergaji sekitar RM2,500 sebulan, adakah anda mampu memiliki kereta sendiri tanpa membebankan diri?
Jawapannya: boleh, asalkan anda memilih kereta sesuai gaji RM2500 dan merancang dengan bijak. Jom kita tengok kira-kira asas dan strategi pemilihan kereta untuk gaji tahap ini.
Berapa Bajet Maksimum Kereta Jika Gaji RM2,500?
Sebagai panduan am, pakar kewangan menyarankan:
Harga kereta tak melebihi 12 kali gaji bulanan.
Komitmen bulanan tidak lebih 15% β 20% daripada gaji.
Jadi untuk gaji RM2,500:
Harga kereta ideal: RM30,000 dan ke bawah.
Bayaran bulanan ideal (termasuk insurans): Sekitar RM375 β RM500 sebulan.
Contoh Kiraan Kereta Second-Hand Sesuai Gaji RM2500
Mari kita lihat satu contoh kereta bajet, iaitu Perodua Axia 1.0 (Standard G) keluaran 2016:
Harga pasaran: RM21,000
Downpayment 20%: RM4,200
Jumlah pinjaman: RM16,800
Tempoh pinjaman: 5 tahun
Anggaran interest bank: 3.5%
β‘οΈ Bayaran bulanan: Lebih kurang RM329
Ini jauh lebih selamat berbanding beli kereta baru dengan ansuran RM600 ke atas.
Strategi Pilih Kereta Sesuai Gaji RM2500
1. Utamakan Kereta Terpakai Yang Mudah Dijaga
Pilih model yang tahan lasak, murah servis & jimat minyak. Contoh popular:
Perodua Axia
Perodua Viva
Proton Saga FLX
Perodua Myvi
Kereta ini ada banyak pilihan bawah RM25,000. Terutamanya spec yang rendah.
2. Elakkan Loan Terlalu Lama
Kereta lama biasanya tidak layak untuk loan 9 tahun, disarankan buat loan 5 tahun sahaja untuk kereta lama. Dan itu bagus, lebih cepat habis bayar, kurang beban bunga. Lagi lama sesebuah kereta, lagi banyak parts yang perlu ditukar dan diselenggara, lagi lama loan lagi sempit kewangan.
3. Letak Downpayment Minimum 20%
Bila letak deposit tinggi, jumlah pinjaman lebih rendah β bayaran bulanan lebih rendah β risiko ditolak loan lebih rendah.
4. Pastikan Total Komitmen Di Bawah 40% DSR
Bank tengok Debt Service Ratio (DSR) β pastikan semua komitmen tak melebihi 40% dari gaji anda. Kalau gaji RM2,500 β maksima komitmen sekitar RM1,000 (termasuk pinjaman lain).
5. Ambil Kira Kos Tersembunyi
Jangan hanya kira bayaran bulanan! Kena ambil kira:
Roadtax & insurans tahunan
Minyak & tol bulanan
Servis & maintenance
Tayar, bateri, dan wear & tear parts
Kesilapan Yang Wajib Dielakkan
β Ambil kereta lebih RM40K walaupun βlepasβ loan.
Mungkin lepas, tapi sebenarnya akan makan gaji sampai 30-40%. Belum tambah komitmen lain. Makan luar pun kena fikir dua kali nanti!
β Ambil loan 7-9 tahun untuk kereta lama.
Bukan saja interest makin tinggi, tapi kereta mungkin mula rosak sebelum habis bayar. Nak habis bayar masih lama, maintenance pulak makin banyak.
β Beli kereta ikut trend, bukan ikut keperluan.
Kalau sekadar guna ulang-alik kerja, tak perlu pun kereta fancy.
Kesimpulan: Kereta Sesuai Gaji RM2500 Memang Ada, Tapi Kena Bijak Pilih
Tak mustahil pun nak beli kereta dengan gaji RM2,500. Tapi kuncinya ialah berdisiplin, realistik, dan pilih kereta second-hand yang sesuai.
Fokus anda seharusnya pada:
β
Harga kereta bawah RM30K
β
Bayaran bulanan bawah RM400
β
Loan maksimum 5 tahun
β
Downpayment sekurang-kurangnya 20%
Dengan strategi ini, anda bukan sahaja mampu memiliki kereta, tapi juga tidak mengorbankan kestabilan kewangan jangka panjang.
π Recently Added
π See Other Articles
Anda sedang mencari kereta terpakai dengan harga yang berbaloi? Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut.
πΒ WhatsApp Kami Sekarang!
πΒ Kunjungi Showroom Kami!
Alamat: Lot 148 BT 16, Kampong Sungai Pelong, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap Hari, 9am-6pm.