Loan Kereta Persendirian - CARXIS.MY
Loan Kereta Persendirian

Dah Ada Buyer? Kami Bantu Urus Loan Kereta

Buyer nak beli kereta anda menggunakan loan? Carxis bantu semak anggaran pembiayaan kereta dan urus proses loan sehingga urusan jual beli selesai.

Semakan Awal

Berapa Loan Kereta Anda Boleh Dapat?

Berikan maklumat asas kereta dan anggaran jumlah loan yang diperlukan. Team Carxis akan semak terlebih dahulu sebelum proses seterusnya.

01

Maklumat Kereta

Berikan maklumat asas kereta untuk semakan anggaran pembiayaan.

RM
02

Maklumat Untuk Dihubungi

Team Carxis akan hubungi anda selepas semakan dibuat.

Sesuai Untuk Anda

Dah Ada Buyer Tapi Buyer Perlukan Loan?

Servis ini direka untuk pemilik kereta yang sudah mempunyai buyer sendiri tetapi memerlukan bantuan Carxis untuk menguruskan pembiayaan bagi melengkapkan urusan jual beli.

Anda Nak Jual Kereta

Anda menjual kereta sendiri dan sudah bersedia untuk meneruskan urusan jual beli dengan buyer.

Anda Dah Ada Buyer

Buyer sudah bersetuju untuk membeli kereta anda dan harga jual beli telah dibincangkan antara anda dan buyer.

Buyer Perlukan Loan

Buyer memerlukan pembiayaan untuk membeli kereta tersebut dan Carxis akan bantu menguruskan proses loan.

Belum pasti berapa jumlah loan yang boleh dibuat? Hantar maklumat kereta untuk semakan awal terlebih dahulu.

Apa Yang Kami Uruskan

Carxis Bantu Urus Dari Loan Hingga Tukar Milik

Kami bantu mengurus proses pembiayaan dan urusan berkaitan supaya transaksi antara seller dan buyer dapat diselesaikan dengan lebih teratur.

Semakan & Submission Loan

Kami semak anggaran pembiayaan berdasarkan kereta dan bantu submit permohonan buyer kepada bank atau syarikat kredit yang sesuai.

Kelulusan & Agreement

Selepas loan diluluskan, buyer akan dimaklumkan jumlah pembiayaan dan kadar yang ditawarkan sebelum meneruskan tandatangan agreement.

PUSPAKOM B5 & B7

Kami bantu mengurus pemeriksaan PUSPAKOM B5 dan B7 yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembiayaan dan jual beli.

Pendaftaran Hak Milik

Selepas agreement dan pemeriksaan selesai, kami urus proses berkaitan pendaftaran hak milik pembiaya dengan JPJ.

Insurans, Tukar Milik & Roadtax

Kami bantu mengurus insurans buyer, pertukaran hak milik kenderaan dan roadtax sebelum kereta diserahkan kepada buyer.

Bayaran Kepada Seller

Selepas pembiayaan disburse kepada Carxis, baki bayaran akan disalurkan kepada seller selepas ditolak fi dan kos urusan yang telah dipersetujui.

Setiap transaksi mungkin mempunyai keperluan yang berbeza bergantung kepada kereta, buyer dan pihak pembiaya. Team Carxis akan maklumkan proses yang diperlukan sebelum urusan diteruskan.

Cara Ia Berfungsi

Proses Dari Semakan Loan Hingga Kereta Diserahkan

Team Carxis akan bantu menyelaras proses pembiayaan dan urusan berkaitan sehingga transaksi antara seller dan buyer selesai.

01

Semak Kereta & Jumlah Loan

Berikan maklumat kereta dan anggaran jumlah loan yang diperlukan supaya kami boleh buat semakan awal.

02

Hantar Dokumen Buyer

Selepas semakan awal sesuai, buyer perlu menyediakan dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan.

03

Submit & Tunggu Kelulusan

Kami bantu submit permohonan kepada bank atau syarikat kredit yang sesuai dan tunggu keputusan pembiayaan.

04

Buyer Setuju & Sign Agreement

Selepas diluluskan, buyer semak jumlah loan dan kadar yang ditawarkan sebelum menandatangani agreement pembiayaan.

05

PUSPAKOM & Pendaftaran

Kereta menjalani pemeriksaan PUSPAKOM yang diperlukan sebelum proses pendaftaran hak milik pembiaya dan urusan JPJ diteruskan.

06

Insurans & Tukar Milik

Insurans buyer dimasukkan sebelum pertukaran hak milik dan roadtax diselesaikan.

07

Kereta Diserahkan Kepada Buyer

Selepas urusan pendaftaran selesai, seller boleh menyerahkan kereta kepada buyer.

08

Bank Disburse & Seller Dibayar

Selepas bank membuat bayaran kepada Carxis, baki akan dibayar kepada seller selepas ditolak fi dan kos urusan yang telah dipersetujui.

Dokumen Diperlukan

Dokumen Untuk Permohonan Loan

Dokumen yang diperlukan bergantung kepada jenis pekerjaan buyer. Team Carxis akan semak dokumen terlebih dahulu sebelum permohonan dihantar.

Buyer Makan Gaji

Untuk buyer yang bekerja dengan majikan dan menerima gaji bulanan.

  • Salinan IC depan & belakang
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Bank statement 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP terkini

Buyer Bekerja Sendiri

Untuk buyer yang menjalankan perniagaan sendiri atau mempunyai pendapatan daripada perniagaan.

  • Salinan IC depan & belakang
  • SSM / dokumen pendaftaran perniagaan
  • Bank statement 6 bulan terkini
  • Dokumen sokongan pendapatan jika diperlukan

Buyer Komisen / Pendapatan Tidak Tetap

Untuk buyer yang menerima komisen atau mempunyai pendapatan yang berubah setiap bulan.

  • Salinan IC depan & belakang
  • Bukti pendapatan / penyata komisen
  • Bank statement 6 bulan terkini
  • Penyata KWSP jika ada

Dokumen Daripada Seller

Seller juga perlu menyediakan beberapa dokumen asas untuk semakan kereta dan urusan jual beli.

  • Salinan IC pemilik berdaftar
  • Geran / Vehicle Ownership Certificate (VOC)
  • Maklumat akaun bank seller untuk pembayaran

Dokumen tambahan mungkin diperlukan bergantung kepada profil buyer, jenis pekerjaan, kereta dan syarat pihak pembiaya. Team Carxis akan maklumkan jika terdapat dokumen tambahan yang diperlukan.

Soalan Lazim

Soalan Tentang Loan Kereta Persendirian

Jawapan kepada beberapa soalan yang biasa ditanya oleh seller dan buyer sebelum memulakan urusan pembiayaan.

Kereta masih ada baki loan, boleh buat?

Boleh dipertimbangkan. Team Carxis perlu semak baki settlement kereta, nilai pembiayaan yang boleh dibuat dan struktur transaksi terlebih dahulu.

Berapa jumlah loan yang buyer boleh dapat?

Jumlah pembiayaan bergantung kepada kereta, tahun kenderaan, nilai semasa serta penilaian pihak pembiaya. Hantar maklumat kereta untuk semakan awal.

Kereta tahun berapa masih boleh buat loan?

Ia bergantung kepada umur kereta dan syarat pihak pembiaya. Team Carxis akan semak pilihan pembiayaan berdasarkan maklumat kereta yang diberikan.

Berapa lama proses kelulusan loan?

Tempoh kelulusan bergantung kepada kelengkapan dokumen buyer dan pihak pembiaya. Dokumen yang lengkap membantu proses semakan dan submission berjalan dengan lebih lancar.

Buyer bekerja sendiri atau makan komisen boleh mohon?

Boleh dipertimbangkan. Dokumen pendapatan yang diperlukan mungkin berbeza mengikut jenis pekerjaan dan pihak pembiaya.

Siapa yang urus PUSPAKOM dan tukar milik?

Team Carxis akan membantu menyelaras urusan PUSPAKOM, pendaftaran berkaitan pembiayaan, insurans dan pertukaran hak milik yang diperlukan untuk transaksi.

Bila seller akan menerima bayaran?

Bayaran kepada seller dibuat selepas pembiayaan disburse kepada Carxis dan urusan berkaitan selesai. Baki akan dibayar kepada seller selepas ditolak fi dan kos urusan yang telah dipersetujui.

Adakah terdapat caj untuk servis ini?

Ya. Fi dan kos urusan bergantung kepada transaksi yang diperlukan. Team Carxis akan menerangkan caj yang terlibat sebelum urusan diteruskan.

Mulakan Semakan

Dah Ada Buyer? Semak Anggaran Loan Kereta Sekarang

Berikan maklumat asas kereta dan jumlah loan yang diperlukan. Team Carxis akan buat semakan awal dan hubungi anda untuk langkah seterusnya.

Semakan awal adalah percuma dan tidak mengikat. Jumlah pembiayaan sebenar tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak pembiaya.